Najib Promosi Program Transformasi Ekonomi Kepada Kumpulan Pemikir New York

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW YORK: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil peluang untuk mempromosikan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan peluang yang diberikan pada Majlis Hubungan Luar (CFR), sebuah kumpulan pemikir hal ehwal luar terkemuka di New York.

Ucapan Najib yang bertajuk “Program Transformasi Ekonomi di Malaysia”, merungkai perubahan dalam negara yang perlu menyesuaikan diri dengan persekitaran global untuk bersaing dengan China, India dan terkini Vietnam.

Beliau bercakap mengenai pengwujudan satu paradigma baru untuk Malaysia dengan mencuba mencapai sebuah negara yang dibina dalam bentuk konsep 1Malaysia, yang bertujuan membawa semua rakyat Malaysia bersama tanpa mengira latar belakang etnik dan agama, agar mereka boleh bergerak seiring.

Sehubungan itu beliau menggesa rakyat Malaysia yang tinggal di Amerika Syarikat bersama-sama menjadikan Malaysia sebuah negara hebat.

Malaysia katanya yang mempunyai penduduk pelbagai etnik dan bangsa khasnya Cina dan India, “Kita boleh menjadi penghubung kepada China, India, Timur Tengah dan tempat lain. Kita boleh dihubungkan kepada dunia,” tegasnya.

"Dasar baru itu akan membantu Bumiputera yang layak dibantu bukan kerana jaringan mereka tetapi merit mereka.

“Ini akan juga menggalakkan pelabur asing datang ke Malaysia. Pemikiran (lama) kita hendaklah berubah, jika kita mahu menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Kita telah melancarkan Model Baru Ekonomi untuk meningkatkan per kapita rakyat Malaysia daripada kini US$7,000 kepada US$15,000, dengan mewujudkan kira-kira 3.3 juta pekerjaan, dan kita telah mengenal pasti 135 projek utama di negara,” kata Najib.

Perdana Menteri berkata sektor swasta akan dirancakkan yang akan menyediakan 92 peratus pelaburan dan fungsi sebagai sebuah enjin pertumbuhan sebagai merujuk kepada projek infrastruktur besar dengan membina sistem MRT untuk Kuala Lumpur dengan pelaburan US$12.5 bilion bertujuan meningkatkan ekonomi.

Projek seperti itu akan menyumbang kepada pertumbuhan masa depan dan memudahkan peralihan Malaysia untuk mencapai tahap negara maju menjelang 2020.

Najib berkata Malaysia berminat dalam perjanjian Kawasan Bebas Perdagangan (FTA) dengan Amerika Syarikat - rundingan telah dihentikan semasa pentadbiran George Bush setelah kedua-dua pihak gagal mencapai sebarang kemajuan.

Bagaimanapun beliau berkata terdapat rangka kerja multilateral untuk rundingan antara Amerika Syarikat dan Asean.

Perdana Menteri juga menjelaskan pentingnya Amerika Syarikat bukan hanya kerana ia merupakan pasaran ketiga terbesar Malaysia selepas China dan Singapura, tetapi juga kerana “kita berkongsi nilai-nilai dan kebebasan yang sama".

Beliau juga menjelaskan kini terdapat 600 syarikat Amerika Syarikat di Malaysia.

Selain isu ekonomi dan perniagaan yang menjadi elemen utama dalam ucapannya, Najib kemudian menjawab beberapa isu dalam sesi soal jawab yang diketuai oleh pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) C.V. Starr dan Co. Inc. Maurice R. Greenberg.

Dalam sesi itu Perdana Menteri berkata Malaysia berhasrat menjadi rakan strategik Amerika Syarikat. “Kita sepatutnya berhubung semula dengan Amerika Syarikat kerana kekuatan yang menyambungkan kita adalah besar daripada yang memisahkan kita.

Amerika Syarikat dan Malaysia kekal sebagai rakan baik kerana nilai-nilai bersama yang mengikat kita,” tegas Najib.

Beliau menyeru untuk kesederhaan bagi Amerika Syarikat dan Malaysia untuk bekerjasama memberhentikan ekstremisme dan keganasan.

Perdana Menteri mengiktiraf peranan ketua-ketua gereja yang mampu memberhentikan ugutan paderi Amerika Syarikat yang mahu membakar al-Quran baru-baru ini.

Najib berkata Islam adalah agama yang aman dan bertoleransi yang mengamalkan keadilan untuk semua - Muslim dan bukan Muslim.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia akan menghantar satu pasukan doktor wanita Muslim ke Afghanistan yang menghadapi kekurangan pakar perubatan wanita untuk merawat penduduk wanita di negara itu.

Mengenai kebimbangan di kalangan pemikir strategik rakyat Amerika mengenai kekuatan China di Asia Tenggara, Najib berkata Malaysia mestilah menerima kenyataan kekuatan negara China yang baru.

“Bagaimanapun, kita percaya China tidak dapat mengancam kestabilan rantau ini. Kita ada mekanisme dalam Asean untuk menyelesaikan sebarang perbezaan. Rakyat China adalah pragmatik. Tetapi China sudah pasti mempunyai pengaruh ekonomi yang kuat,” kata Najib.

Bagaimanapun, Malaysia juga percaya bahawa rantau ini janganlah untuk didominasi oleh satu kuasa sahaja.

Mengenai Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib menjelaskan bahawa secara hakikatnya bukanlah kerajaan Malaysia yang menentang Anwar tetapi seorang individu iaitu salah seorang kakitangannya sendiri, yang telah memfailkan satu laporan polis terhadap beliau.

Mengenai lawatan Perdana Menteri India Manmohan Singh ke Malaysia bulan depan, Najib berkata lawatan itu sangat penting bagi Malaysia untuk mengadakan kerjasama dalam banyak bidang.

Beliau yang melawat India pada awal tahun ini telah mengenal pasti beberapa bidang kerjasama seperti infrastruktur, teknologi maklumat dan elektronik serta pembinaan mesin.

Katanya beliau juga telah mengarahkan menteri berkenaan untuk memutamadkan rundingan dengan India mengenai Perjanjian Kerjasama Komprehensif Ekonomi (CECA).

Najib juga berkata India berminat untuk menandatangani perjanjian itu semasa lawatan Perdana Menteri India tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan