Kerajaan Perlu Kaji Semula Menggunakan Tindakan ISA - Ibrahim Ali

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mahu kerajaan mempertimbangkan menggunakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap individu yang mencetuskan isu-isu sensitif terutamanya mengenai agama dan negara.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan perlu bertindak pantas untuk mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kerana sekiranya sesuatu isu sensitif tidak diselesaikan ia akan menggugat keharmonian negara membabitkan bangsa dan penganut agama yang berbeza.

"Prosedur siasatan yang sedia ada sekarang untuk mendakwa seseorang yang mencetuskan isu-isu sensitif mengambil masa yang terlalu lama yang membabitkan polis, pendakwa raya dan pelbagai pihak yang lain sehingga menyebabkan ada pihak yang melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti kaum lain secara konsisten," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat bulanan Perkasa di ibu pejabat akhbar terbitan Perkasa - Suara Perkasa di Setapak di sini, Rabu.

Beliau mengulas terhadap laporan berita baru-baru ini mengenai tindakan seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dalam satu ceramah di sebuah gereja di Kuching, Sarawak yang disiarkan di internet. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan