Kementerian Pertahanan Sasar 245,000 Anggota Profesional Dan Teknikal Pada 2015

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertahanan mensasarkan kakitangan profesional dan teknikalnya mencecah 245,000 orang menjelang 2015 bagi tujuan membangunkan industri pertahanan negara seiring dengan perkembangan industri itu di peringkat antarabangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada masa ini jumlah tenaga pekerja profesional dan teknikal dalam bidang itu masih rendah, dan yakin usahasama yang sedang dijalankan antara kerajaan dengan beberapa agensi pertahanan, sasaran tersebut dapat dicapai.

Untuk tujuan tersebut kementerian itu akan menggunakan RM23 bilion, iaitu 10 peratus daripada peruntukan RM230 bilion yang diberikan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) untuk membangunkan kemampuan sumber manusia dalam bidang tersebut, katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Sebelum itu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Negara (MIPPKM) yang antara lain membincangkan sektor automatif dan penyelenggaran aset pertahanan negara.

Ahmad Zahid berharap pihak swasta yang terlibat dalam industri pertahanan turut memainkan peranan dalam membangunkan industri tersebut seiring dengan usaha kerajaan, termasuk memperluaskan pernigaaan mereka ke luar negara, terutama dalam bidang perkhidmatan, pembuatan dan penyelenggaraan.

Beliau berkata syarikat pertahanan tempatan juga haruslah bersaing dengan syarikat pertahanan asing bagi merebut sebarang peluang dalam industri pertahanan dunia.

"Dalam sektor Maintenance, Repair and Overhaul (MRO), pemain kita hanya menguasai kira-kira lima peratus sahaja pasaran dunia, dan dengan adanya fokus kerajaan kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), maka MRO juga turut akan diberikan fokus dan membantu pemain kita lebih berdaya saing," katanya.

Ahmad Zahid berkata ketika ini telah ada peningkatan dalam penyelenggaraan dan baik pulih pesawat serta persenjataan dari negara luar terhadap pemain-pemain tempatan yang terlibat dalam industri pertahanan negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan