Kabinet Arah KSN Siasat Kenyataan Timbalan Pengarah BTN

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengarahkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk menyiasat berhubung kenyataan yang didakwa berbaur perkauman oleh pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN), dua hari lepas.

Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata jemaah menteri melahirkan rasa kecewa berhubung kenyataan itu, yang dibuat oleh Timbalan Pengarah BTN, Hamim Husin semasa sesi tertutup dengan Puteri Umno.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah satu laporan mengenai satu portal online, mendakwa timbalan pengarah membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Kabinet telah meminta Ketua Setiausaha Negara untuk menyiasat mengenai perkara ini sebelum sebarang tindakan diambil," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Hamim dilaporkan oleh sebuah portal berita sebagai berkata adalah menjadi hak Melayu untuk memerintah negara dan menggesa mereka untuk bersatu mempertahankan hak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan