Gempa Bumi Gegar Laut Banda, Indonesia & Volcano Islands, Jepun

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Irian Jaya, Indonesia, 645km tenggara Ambon, Indonesia dan 2,035km tenggara Tawau, Sabah, pada awal pagi Khamis.

Menurut satu kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, koordinat gempa bumi yang berlaku pada pukul 1.10 pagi itu adalah 5.0 darjah selatan dan 133.9 darjah timur.

Sementara itu, tiga gempa bumi sederhana, yang setiap satu berukuran 5.3 pada skala Richter, dilaporkan berlaku iaitu dua di Laut Banda, Indonesia dan satu di Volcano Islands, Jepun pada Khamis.

Gempa bumi pertama menggegarkan Laut Banda pada pukul 3.06 pagi di lokasi 431km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,89 tenggara Tawau manakala, yang kedua pada pukul 4.08 pagi di 473km tenggara Makassar, Indonesia, dan 1,332km tenggara Sarikei, Sarawak.

Gempa bumi di Volcano Islands, Jepun berlaku di kedudukan 1,287km tenggara Tokyo, Jepun dan 3,206km timur laut Sandakan, Sabah.

Gegaran gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan