Agong Lancar Sambutan 50 Tahun Bunga Raya Bunga Kebangsaan

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdin hari ini berkenan melancarkan sambutan ulang tahun ke-50 Bunga Raya Bunga Kebangsaan di Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay di sini.

Sempena sambutan itu wang syiling khas dikeluarkan oleh Bank Negara dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara serta lagu tema Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan negara turut dilancarkan.

Turut hadir Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Terdahulu dalam ucapannya Rais berkata sambutan 50 tahun bunga raya sebagai bunga kebangsaan itu diharap dapat mendidik dan mendekatkan generasi muda terhadap satu daripada lambang kemegahan negara yang menjadi signifikan pemersatuan rakyat, inspirasi dalam membentuk identiti negara, kemuliaan dan kegemilangan negara.

Beliau berkata ia juga diharap dapat menyedarkan golongan-golongan tertentu supaya terus menghargai kedudukan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan.

"Dewasa ini status dan kepentingan Bunga Raya semakin terpinggir. Malah ramai di kalangan generasi muda dan lama yang tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya sebagai bunga kebangsaan," katanya.

Rais berkata bagi menyemarakkan sambutan itu, kerajaan-kerajaan negeri juga akan meneruskan sambutan meraikan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan di negeri masing-masing.

Sebagai tanda penghargaan, beliau berkata setiap negeri akan menerima cenderamata bahan-bahan promosi mengenai Bunga Raya, antaranya cakera padat lagu bunga raya, pin serta buku yang akan digunakan semasa sambutan di negeri-negeri berkenaan.

Menyorot kembali sejarah terpilihnya Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan, Rais berkata ia diumumkan Perdana Menteri pertama negara Tunku Abdul Rahman pada 28 Julai 1960.

Katanya bunga itu dipilih kerana warna merahnya yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta simbol keberanian, manakala lima kelopaknya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi salah satu elemen perpaduan negara serta membentuk masyarakat yang adil dan saksama.

"Ia juga digunakan sebagai lambang kemegahan negara dengan menjadikannya simbol pada logo-logo, lencana, bendera, setem, medal polis dan turut diterjemahkan dalam wang kertas dan syiling Malaysia," kata Rais. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan