Agong Berangkat Hadiri Forum Perdana Hal Ehwal Islam

Diterbitkan: Khamis, 30 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin malam tadi berangkat menghadiri Forum Perdana Ehwal Islam di Balai Rong Seri, Istana Negara di sini.

Forum bertajuk 'Penghayatan Syawal-Pasca Ramadan dan juga Hari Raya' itu disampaikan oleh Mufti Kedah Datuk Sheikh Baderuddin Ahmad dan pensyarah Jabatan Siasah Syariah, Universiti Malaya Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati.

Hadir sama dalam forum itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.

Forum disiarkan secara langsung oleh RTM1. Sebelum itu, Tuanku Mizan juga berkenan menghadiri rakaman Forum Perdana bertajuk '1Malaysia 1Ummah' yang disampaikan oleh ahli panel terdiri daripada pendakwah bebas Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri dan wakil dari Jabatan Agama Islam Negeri Pahang, Badlishah Alauddin.

Bernama sempat menemubual beberapa orang awam yang hadir pada forum itu, antaranya Guli Tahir, 53, yang berpendapat pemilihan tajuk forum pada kali ini menarik untuk dikongsikan bersama.

"Melihat tajuk forum ini, saya ingin mendengar dan mendapatkan penjelasan yang tepat mengenai '1Malaysia 1Ummah' dan 'Penghayatan Syawal' berdasarkan lunas-lunas Islam, bukan sekadar memperolehi kehidupan yang materialistik sahaja," katanya.

Seorang anak muda, Junatun Mohd Jamil, 24, berkata terdapat segelintir individu yang tidak dapat memahami konsep penghayatan syawal yang sebenar.

Nor Azlina Shahrulzaman berkata forum sebegini dapat mendidik masyarakat supaya lebih peka pada keadaan semasa. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan