SPR Terima Notis Kekosongan DUN Galas

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima notis makluman mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas melalui faks pada petang semalam.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya menerima salinan notis berkenaan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kira-kira pukul 4 petang semalam.

"SPR sudah menerima salinan notis berkenaan semalam, InsyaAllah satu mesyuarat khas akan diadakan minggu hadapan selewat-lewatnya pada 7 Oktober," katanya kepada mStar Online di sini, Rabu.

Pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Allahyarham mendapat 4,399 menewaskan penyandang dari Barisan Nasional (BN), Mohd Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan Paloh.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan