SPAD: Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan 98 Peratus Siap

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Syed Hamid mengadakan lawatan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan, Rabu. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN
Syed Hamid mengadakan lawatan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan, Rabu. - Foto THE STAR Oleh ONG SOON HIN

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yakin Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan yang dijangka beroperasi pada akhir tahun ini mampu memudahkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam selain menangani ulat tiket.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pengamalan sistem kawalan tiket, penjadualan serta laluan bas secara bersepadu juga memudahkan pihak operator mengendalikan terminal.

Katanya, tiket yang dijual dan dicetak secara dalam talian mengandungi ciri-ciri keselamatan dan ini dapat mengurangkan orang ramai daripada ditipu ulat tiket.

"Dalam bahasa tentera, terminal ini telah siap siaga untuk beroperasi. Kesemua ini adalah petanda baik apabila anda bercakap tentang sistem pengangkutan yang efisien dan mesra pengguna," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu Bandar Tasik Selatan di sini, Rabu.

Terminal bersepadu itu antara lain menyediakan kemudahan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), kemudahan Express Rail Link (ERL), komuter dan transit aliran ringan (LRT).

Syed Hamid berkata, pihaknya diberitahu sebanyak 98 peratus daripada kemudahan telah siap dan pembinaan adalah lebih awal sebulan dari tarikh serah iaitu 19 November ini. Katanya, terminal bersepadu itu boleh mengendalikan sebanyak 110 bas dalam tempoh sejam atau lebih 1,000 bas dalam satu hari.

"Penjadualan adalah secara dalam talian (online) dan sering dikemaskinikan pada papan elektronik yang disediakan," katanya.

Tambah beliau, memandangkan terminal tersebut memfokus kepada bas-bas yang menghala ke selatan, pihaknya turut mempertimbangkan untuk menyediakan tempat bagi bas-bas yang menuju ke utara kelak.

Sementara itu, Syed Hamid memberitahu, SPAD bersedia menjadi moderator kepada pengusaha-pengusaha pengangkutan awam untuk menerima pakai satu tiket untuk semua pengangkutan di terminal bersepadu itu.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan