Muhyiddin Anggap Anwar Lakukan Dosa Kering Burukkan Imej Negara

Diterbitkan: Rabu, 29 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim memburukkan imej Malaysia di Indonesia merupakan satu dosa kering.

Timbalan Perdana Menteri berkata Anwar bukan seorang pemimpin sejati kerana dia tidak bertanggungjawab terhadap apa yang dikatanya, malah sanggup berkata apa sahaja serta merosakkan imej negara hanya untuk meraih keuntungan politik.

"Apa yang disebut oleh Anwar Ibrahim ialah satu bukti beliau bersedia untuk berbohong dan berbuat sesuatu yang boleh rosakkan imej negara hanya untuk kepentingan dan tujuan politik dia sahaja," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Anwar di Jakarta yang menuduh media Malaysia yang menggalakkan persepsi negatif terhadap Indonesia.

Timbalan Perdana Menteri sebelum itu menyampaikan ucap utama pada forum International Herald Tribune di sini.

Muhyiddin berkata media di Malaysia merupakan institusi yang bertanggungjawab dan tidak mengeksploitasi isu-isu.

Beliau berkata Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan yang baik di semua peringkat dan perasaan anti Malaysia yang timbul kebelakangan ini adalah dicetuskan oleh satu kumpulan kecil.

Mengenai kenyataan pengasas Virgin Group, Sir Richard Branson, bahawa perbicaraan liwat melibatkan Anwar telah menjejaskan reputasi Malaysia, Muhyiddin berkata Malaysia akan menjadi lebih menarik kepada pelabur jika negara ini tidak dicemari kes seperti itu.

"Memang betullah jika tidak ada kes seperti itu, Malaysia akan jadi lebih menarik. Maka, biarlah mahkamah menentukannya...lebih cepat kes itu diselesaikan, lebih baik bagi kita.

"Jika ditanya secara peribadi, jika saya mahu melihat kes ini terjadi dalam mahkamah Malaysia, saya tidak mahu ianya berlaku di mahkamah Malaysia. Saya ingin agar Malaysia bebas daripada semua ini tetapi ini bukannya disebabkan oleh kerajaan," katanya.

Muhyiddin berkata beliau berharap Branson akan sentiasa melihat Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan dan bagaimana beliau dapat membantu Malaysia menarik lebih banyak pelaburan.

Katanya beliau yakin pendapat Branson itu bukan bertujuan untuk mencampuri urusan dalam Malaysia sebaliknya bertujuan membantu inisiatif Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan