SPR Belum Terima Notis Kekosongan Kerusi Galas

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih lagi menunggu notis rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berhubung kekosongan kerusi DUN Galas berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima semalam.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau menjangkakan notis itu akan diterima sama ada esok atau Khamis.

"Sekiranya notis diterima, SPR mempunyai masa sehingga 7 Oktober untuk membuat pengumuman mengenai pilihan raya kecil," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Che Hashim, 46, daripada Pas memenangi kerusi Galas pada pilihan raya umum pada 2008 dengan menewaskan Mohd Saufi Deraman daripada Barisan Nasional dengan kelebihan 646 undi.

Beliau meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur semalam akibat kanser. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan