SPR Akan Tentukan Tarikh PRK Galas

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan selewat-lewatnya 6 Oktober depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pilihan raya kecil DUN berkenaan akan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaima, 47, pada Isnin.

"Pilihan raya kecil bagi DUN berkenaan perlu diadakan kerana tempoh 'edah' sebelum berakhirnya penggal pilihan raya belum sampai.

"Memandangkan sekarang berlakunya kekosongan bagi kerusi berkenaan, maka pilihan raya kecil mesti diadakan.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan hanya jika sesuatu kekosongan itu berlaku selepas Mei 2011," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

Bagaimanapun menurut Wan Ahmad, SPR perlu menunggu notis kekosongan daripada Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasiruddin Daud.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar al-Islam, Kampung Baru akibat barah usus kira-kira pukul 4.30 petang tadi.

SPR mempunyai tempoh 10 hari sejak kekosongan wujud untuk memanggil mesyuarat khas bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil yang merangkumi hari keluar notis, penamaan calon, tempoh kempen dan hari pengundian.

Tempoh 10 hari itu akan berakhir 6 Oktober depan.

Mengikut Perlembagaan, pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh wujudnya kekosongan.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

DUN Galas berada dalam kawasan Parlimen Gua Musang.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan