Puteri Umno Adakan Mesyuarat Cari Penjelasan Isu Dibangkitkan Pembangkang

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Pergerakan Puteri Umno akan mengadakan mesyuaratnya dalam waktu terdekat melibatkan semua Ketua Puteri negeri dan bahagian bagi mencari penjelasan terhadap beberapa isu yang cuba dikelirukan pembangkang.

Ketuanya Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata ini adalah antara persiapan awal sekiranya diadakan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan.

Katanya, Puteri Umno akan membantu Puteri Umno Kelantan bagi mendapatkan penjelasan mengenai beberapa usaha kerajaan dalam membantu rakyat.

Beliau berkata Barisan Nasional (BN) boleh menawan kawasan itu dari PAS sekiranya berlaku pilihan raya kecil kerana kerajaan BN sentiasa membantu penduduk kawasan itu walaupun DUN Galas dikuasai PAS.

"Daripada laporan yang diterima, penduduk di kawasan itu lebih banyak menerima peruntukan daripada kerajaan pusat melalui penyelaras DUN dan Parlimen berbanding kerajan negeri yang diterajui PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan 2010 di sini, Selasa.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata perubahan besar di kalangan rakyat yang kembali memberikan sokongan kepada Umno dan BN berbanding pilihan raya umum lalu menunjukkan rakyat sudah sedar kerajaan BN terbukti membantu rakyat tanpa mengira kaum selaras dengan konsep 1Malaysia.

Persidangan itu dihadiri oleh lebih 200 peserta dari enam hospital iaitu Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, Hospital Pulau Pinang, Hospital Kulim, Hospital Seberang Jaya dan Hospital Kangar Perlis. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan