Pengasuh Farisha Nur Hazreen Tiada Kemahiran Bantuan Kecemasan

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pengasuh kepada bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang mati di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Presint 9, Putrajaya pada Selasa dipercayai tidak mahir dalam bantuan kecemasan.

Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Shamsinah Che Shariff berkata, pengasuh itu setakat ini hanya menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.

"Dia belum lagi mengikuti Kursus Bantuan Kecemasan dan Kursus Menggunakan Kelengkapan dan Pentadbiran Kewangan.

“Bagaimanapun, dia sudah boleh mengasuh kanak-kanak selepas menyertai kursus asas itu. Kursus bantuan kecemasan dan yang lain adalah fasa kedua sebagai pelengkap,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Sehubungan itu, bapa bayi berkenaan, Mohd Fairuz Mohamad Stap yang memberitahu mStar Online berkata, dia meminta agar semua pengasuh di negara ini menjalani semua kursus berkaitan penjagaan kanak-kanak terlebih dahulu.

Katanya, ini bertujuan mengelakkan kejadian yang menimpanya berulang kerana tanggungjawab pengasuh menjaga kanak-kanak tidak seharusnya diambil ringan.

“Perkara asas saja tidak cukup. Setiap pengasuh juga perlu mengetahui bagaimana mengendalikan kanak-kanak pada waktu kecemasan.

"Oleh itu, mereka seharusnya menghabiskan semua kursus yang ada bagi memastikan mereka mempunyai persediaan dan kemahiran secukupnya,” katanya lagi.

Mengulas kenyataan Mohd Fairuz itu, Shamsinah berkata, kursus asas itu adalah persediaan untuk mengasuh kanak-kanak dan pengasuh ‘mengorbankan’ masa lima hari bagi membolehkan mereka menyertai kursus tersebut.

Menurut beliau, setakat ini lebih 2,000 pengasuh di seluruh negara menjalani kursus asas itu bersama PPBM untuk Taska Rumah saja.

Ini katanya, tidak termasuk Taska lain seperti Taska di Institusi, Taska di Tempat Kerja dan Taska Komuniti.

“Bagaimana pula dengan suri rumah dan ibu tunggal lain yang turut menjalankan operasi mengasuh kanak-kanak tetapi tidak menghadiri kursus?

“Jumlah mereka mungkin lebih ramai lagi meskipun antaranya banyak pengalaman sehingga ada yang lebih 10 tahun mengasuh kanak-kanak,” ujarnya.

Shamsinah berkata, bukan mudah untuk pengasuh pergi kursus selalu kerana mereka mempunyai kanak-kanak yang perlu dijaga dan diharapkan oleh ibu bapa.

“Tak kan pengasuh kena tutup Taska untuk menghadiri kursus-kursus lain? Jika ya, maka ibu bapa pula perlu ambil cuti untuk jaga anak-anak di rumah,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan