Muhyiddin Cabar Saifuddin Dedah Identiti 'Ejen BN' Dalam PKR

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mencabar setiausaha agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution untuk mendedahkan identiti mereka yang didakwa menjadi "ejen Barisan Nasional" di dalam parti pembangkang itu.

Muhyiddin berkata PKR patut bertanggungjawab ke atas masalah mereka sendiri dan bukannya bertindak menuduh orang lain.

"Dakwaan yang tidak berasas ini tidak harus kita layan. Tapi saya mahu mencabar Saifuddin supaya bagi bukti. Beritahu siapa dan dari parti mana mereka ini.

"Kalau orang yang mereka maksudkan ialah kita ni, atau orang dari luar... saya tidak tau siapa yang dimaksudkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum International Herald Tribune di sini, Selasa.

Muhyiddin berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Saifuddin semalam bahawa kekecohan yang berlaku pada mesyuarat cabang parti itu pada hujung minggu lepas adalah unsur sabotaj yang didalangi sesetengah pihak dari luar yang sengaja mahu memporak-perandakan mesyuarat yang sedang dijalankan.

"Apa yang berlaku dalam PKR sekarang harus dijadikan pengajaran kepada rakyat untuk menilai sifat sebenar parti itu yang disifatkan (oleh Muhyiddin) sebagai cakap tidak serupa bikin," tegas Muhyiddin. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan