Kira-Kira 50 Orang Awam Berhimpun Bantah Namewee

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Di luar perkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) bagi membantah tindakan Namawee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke perkarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namawee yang dibakar, sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan. Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

"Kami desak, minta dia (Namawee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner (ACP) Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

"Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan