“Anak Kami Hanya Selesema” - Bapa Farisha Nur Hazreen

Diterbitkan: Selasa, 28 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Bapa bayi perempuan berusia tiga bulan, Farisha Nur Hazreen Mohd Fairuz yang mati akibat terserdak susu di taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Presint 9, Putrajaya pada Selasa lalu, Mohd Fairuz Mohamad Stap berkata, anaknya hanya selesema pada hari kejadian.

Beliau berkata, beberapa hari sebelum itu anaknya tidak sihat dan dibawa ke klinik di Bukit Beruntung, Rawang bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

“Anak kami demam sebelum itu namun keadaannya bertambah baik selepas diberikan rawatan. Dia cuma selesema, hidung berair.

“Kami bercuti selama dua minggu sempena Hari Raya. Biasalah, bayi tidak sihat sebab tidak biasa berjalan jauh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Mohd Fairuz berkata, sehari sebelum kejadian isterinya, Haney Usneza Abdul Hamid mengambil cuti sehari bagi menjaga anak mereka.

Katanya, keadaan kesihatan Farisha bertambah baik meyakinkan mereka untuk menghantar Farisha di Taska itu pada Selasa lalu.

“Anak saya semakin sihat sebab itu kami berani untuk menghantarnya. Jika tidak, buat apa isteri saya mengambil cuti untuk menjaganya yang sebelum itu masih sakit.

“Isteri saya menghantar anak kami itu sekitar pukul 8 pagi. Pengasuh sudah pun dimaklumkan mengenai keadaan anak kami.

“Ini termasuk rawatan kesihatan terhadap anak kami. Kami mahu pengasuh itu memberikan lebih perhatian kepadanya sekiranya berlaku apa-apa," tambahnya.

Kata Mohd. Fairuz,, isterinya ada memberikan susu yang siap dibancuh dan ubat antibiotik sewaktu menyerahkan anak mereka kepada pengasuh.

Mohd Fairuz mula menghantar anaknya pada 16 Ogos lalu kepada Taska itu yang terletak di kawasan sama dengan kediamannya di Fasa 8, Presint 9, Putrajaya.

Berhubung pusat asuhan itu tidak berdaftar, pihaknya hanya dimaklumkan pengasuh terbabit mempunyai pengalaman mengasuh kanak-kanak selama empat tahun.

Beliau berkata, antara kanak-kanak dijaga oleh pengasuh terbabit terbabit adalah anak-anak jiran dan kawannya yang turut menetap di kawasan sama.

“Pengasuh itu telah menjalani Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak anjuran Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). Ini menambah keyakinan kami mengenai dia dan tidak syak apa-apa apatah lagi mempertikaikan kredibilitinya.

“Kami tiada pilihan lain. Ini mungkin turut dialami ibu bapa di seluruh negara apabila mahu menghantar anak mereka dengan pilihan dan masa terhad,” ujarnya.

Ketika ditanya sama ada akan mengambil tindakan terhadap pengasuh itu, Mohd Fairuz berkata, belum ada keputusan mengenainya pada masa ini.

Beliau berkata, pihaknya memerlukan masa terhadap sebarang pertimbangan kerana mahu memulihkan semangat seluruh keluarganya.

“Kami baru saja kehilangan anak. Biarlah kami tenang dahulu. Sebarang tindakan tidak dapat diputuskan buat masa ini. Bagaimanapun, kami akan dapatkan nasihat ahli keluarga terdekat,” katanya.

Mohd Fairuz berkata, berdasarkan laporan bedah siasat di Hospital Putrajaya mendapati Farisha Nur Hazreen dipercayai mati akibat tesedak susu.

Katanya, tiada laporan mengatakan anaknya mengalami komplikasi lain berhubung punca kematian.

Selain Farisha Nur Hazreen, Mohd Fairuz mempunyai dua anak iaitu Muhammad Haziq Farish, 5 tahun, dan Farisha Nurhadriana, 2 tahun.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan