Semua Pihak Harus Adil Dalam Tangani Isu Perkauman

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pihak yang menimbulkan sentimen perkauman dan mampu mencetuskan huru hara harus dikenakan tindakan tanpa mengira kaum, kata Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, Ahad.

Katanya tindakan pantas dan tegas perlu dikenakan tanpa pilih kasih demi menegakkan prinsip keadilan terhadap semua pihak.

Menurutnya semua pihak harus berlaku adil dan tidak bersikap pilih kasih terhadap agama atau bangsa tertentu ketika meminta kerajaan menimbangkan tindakan yang patut terhadap pihak yang dianggap mencetuskan isu perkauman.

Beliau mengulas sikap segelintir pihak yang dilihat cuba menghangatkan keadaan apabila hanya mendesak kerajaan mengambil tindakan jika isu perkauman ditimbulkan oleh kaum Melayu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ulasan Buku 'Memoir Khatijah Sidek Puteri Kesateria Bangsa' dan 'Sembang Petang Bersama UMNO' di sini.

Ahmad, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, beliau percaya segelintir pemimpin pembangkang turut memainkan isu-isu perkauman dalam ucapan mereka ketika berbahasa Tamil atau Mandarin tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata Jentera Perhubungan UMNO telah menubuhkan satu unit khas dianggotai lima pegawai bagi memperkemaskan jentera UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata tugas unit ini adalah bagi menguruskan segala ceramah-ceramah di samping sesi beramah mesra UMNO dengan rakyat.

Mengulas mengenai buku tersebut, Ahmad berkata buku terbitan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu adalah bagi memperingati pemimpin wanita UMNO yang pertama memperjuangkan hak wanita dan antara perintis kemerdekaan Malaysia.

Beliau berkata sejarah kegiatan politik Khatijah Sidek yang berjuang di tiga negara iaitu Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia harus dicontohi dan dipelajari segenap lapisan ahli UMNO bagi menyemarakkan perjuangan parti itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan