Pemilihan PKR Kecoh Dengan Insiden Baling Kerusi Dan Tumbuk Menumbuk

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di empat bahagian semalam kecoh apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi di baling dan kertas undi di buang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak berpuas hati dengan cara pemilihan itu dijalankan.

Akibatnya, tujuh mesyuarat agung tahunan cabang PKR terpaksa ditangguhkan ekoran daripada aduan berhubung pengundi hantu dan memanipulasi undi daripada laporan yang diterima sejak pemilihan dijalankan hujung minggu lalu.

Satu laporan polis dibuat terhadap Ahli Majlis Perbandaran kerana didakwa menumbuk lawannya. Dalam pergaduhan itu, anak lelaki mangsa didakwa cedera hingga menyebabkan tangannya retak. Difahamkan seorang ahli Wanita PKR, Norliza Ismail pengsan ketika serangan berlaku.

Bukan itu sahaja, pemilihan cabang PKR terus menyaksikan kejutan apabila orang kuat seperti, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Elizabeth Wong dan Naib Presiden PKR, R. Sivarasa tewas dalam pemilihan bahagian masing-masing.

Sementara itu, pemilihan PKR cabang Lembah Pantai, turut menyaksikan kekalutan apabila jawatankuasa pemilihan parti (JPP) terpaksa meminta bantuan pihak polis bagi mengawal keadaan.

Di Kota Raja pula, berlaku pergaduhan sehingga JPP terpaksa meminta bantuan polis apabila ada pihak cuba memindahkan 18 peti undi ke ibu pejabat parti itu di sini semalam.

Di sebalik huru –hara yang berlaku, beberapa pemilihan bahagian cabag PKR seperti, Klang, Kapar, Parit Sulong dan Subang telah dibatalkan.

Sivarasa mendakwa pemilihan Cabang PKR Subang telah dibatalkan dan diisytiharkan tidak sah.

Pada Sabtu, pemilihan cabang PKR bahagian Kuala Nerus, Terengganu dibatalkan berhubung dakwaan kertas undi yang digunakan pada hari tersebut tidak dikemaskini.

Ahli Parlimen Kapar, s. Manikavasagam yang layak bertanding jawatan Naib Presiden berkata lebih 5,000 ahli bahagiannya memboikot pemilihan cabang berkenaan kerana mendakwa pemilihan dijalankan secara tidak adil, dan terbuka.

“Bagaimana jawatankuasa pemilihan parti menghantar hanya seorang wakil untuk mengutip yuran keahliaan di bahagian ini sedangkan ribuan ahli yang layak mengundi?,” katanya.

Manikavasagam berkata, perwakilan membuat protes kerana ada nama calon yang bertanding tidak dipaparkan sebaliknya nama calon yang sudah menarik diri tertera pada kertas pencalonan.

Pegawai jawatankuas pemilihan parti, Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin percaya huru-hara yang berlaku sengaja ditimbulkan oleh ‘askar upahan yang dibayar oleh pihak tertentu’.

“Kami percaya mereka bukan ahli parti. Kami yakin tindakan kekecohan yang berlaku sengaja dibuat untuk mensabotaj pemilihan parti,” katanya.

Sehingga kini, 161 daripada 206 cabang PKR telah berjaya melaksanakan mesyuarat agung tahunan masing-masing.

Beberaapa cabang menyaksikan kekecohan berlaku antaranya, Kuala Langat, Subang, Petaling Jaya Utara, Shah Alam dan Lembah Pantai.

Raden Shamsulkamar berkata, pemilihan cabang PKR Shah A,lam menyaksikan persaingan antara dua Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail dan Yaakob Sapari.

“Tapi situasi di Shah Alam terkawal dan tidak huru hara walaupun menyaksikan pertembungan dua exco dalam pemilihan tersebut,” katanya.

Pemilihan cabang PKR bermula pada 17 September dan akan berkahir pada 3 Oktober ini.

Pemilihan bagi jawatan pemimpin tertinggi PKR akan berlangsung dari 31 Oktober hingga 21 November depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan