Kerajaan Belum Putuskan Jual PLUS - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata kerajaan belum lagi memutuskan sama ada akan menjual kepentingan miliknya melalui Khazanah Nasional Bhd dalam Plus Expressways Bhd kepada mana-mana pihak.

"Belum ada apa-apa perkara muktamad. Kalau ada apa-apa perkembangan nanti akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, pada Isnin.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Baru-baru ini, terdapat laporan mengatakan Khazanah Nasional bercadang untuk menjual pegangannya di dalam PLUS.

Khazanah mempunyai pegangan secara langsung sebanyak 16.74 peratus di dalam PLUS dan 38.51 peratus melalui UEM Group.

Mengenai kos sebenar pengambilalihan projek empangan hidroelektrik Bakun oleh kerajaan negeri Sarawak daripada kerajaan pusat, Muhyiddin berkata soal terperinci mengenai harga sebenar dan cara penjualan akan dimaklumkan kemudian.

Bagaimanapun, beliau percaya harga penjualan adalah berpatutan dan akan diterima oleh kedua-dua pihak.

Mengenai cadangan untuk memperdagangkan ringgit di pasaran antarabangsa, Muhyiddin berkata kerajaan belum ada cadangan melaksanakannya pada masa ini.

Beliau berkata banyak perkara perlu diteliti sebelum melaksanakannya.

"Banyak perkara perlu diteliti walaupun kita yakin dalam tempoh dasar yang kita amalkan ini telah memberi kesan yang amat baik kepada negara tetapi kita belum ada cadangan untuk dagangkan ringgit di luar negara," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Isnin, 14 Ogos 2017 12:30 PM

“Mira Filzah Lemah Lembut” - Zizan Razak

Kolumnis

iklan

Iklan