Kekecohan Pemilihan PKR Telah Dijangka - Shafie

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kekecohan yang berlaku pada pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kapar, Klang dan Kuala Lumpur semalam telah dijangka, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata rakyat boleh lihat sendiri kepincangan yang berlaku dalam PKR dan laporan berita di akhbar hari ini yang jelas mengambarkan keadaan sebenar parti tersebut.

"PKR mendakwa Umno dan Barisan Nasional (BN) macam-macam seperti mengamalkan sistem pengundian tidak adil, melakukan penipuan, mengamalkan budaya kronisme, itu lah...ini lah, sekarang lihat apa yang berlaku kepada PKR, wujudnya ugutan antara anggota parti dan macam-macam lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan "Asean Regional Workshop - Challenges in Bringing Information and Communication Technologies (ICT) to the Rural Communities, Transforming Rural Community Towards K-Society" anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Asean di Hotel Grand Seasons di sini pada Isnin.

Bengkel itu berlangsung selama tiga hari hingga 29 September. "Kalau kekecohan boleh berlaku dalam pemilihan parti, bayangkan apa yang boleh berlaku apabila PKR membentuk kerajaan? PKR boleh melakukan perkara-perkara yang ekstrem semata-mata untuk berkuasa membentuk kerajaan," katanya.

Akhbar hari ini melaporkan bahawa pemilihan cabang PKR di Kapar dan Klang semalam kecoh apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di atas jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati dengan cara pemilihan itu dijalankan.

Selain itu, pada pemilihan PKR Cabang Lembah Pantai yang dihadiri Anggota Parlimen kawasan itu, Nurul Izzah Anwar, turut berlaku kekecohan selepas berlaku pertengkaran membabitkan dua kumpulan kerana dilaporkan wujud penipuan dalam pemilihan apabila jumlah kertas undi yang dikeluarkan melebihi jumlah pengundi berdaftar.

Sementara itu, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata kerajaan tidak menggunakan wang hasil daripada cukai minuman keras dan perjudian untuk disalurkan kepada golongan miskin dan warga emas beragama Islam kerana ia adalah sumber haram.

Katanya kerajaan turut mendapat pendapatan menerusi hasil daripada cukai minuman keras dan perjudian bagaimanapun hasil pendapatan itu tidak digunakan untuk bantuan kepada orang Islam kerana ia adalah haram daripada sudut agama Islam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri itu adalah dari sumber hasil perjudian.

Terdahulu ketika berucap, Shafie berkata kementeriannya menghadapi pelbagai cabaran untuk mencari dan membangunkan kaedah dalam menyesuaikan teknologi dan infrastruktur sedia ada untuk pembangunan luar bandar.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan sektor swasta dan awam bekerjasama untuk melaksanakan program ICT di kawasan luar bandar.

Beliau berharap Bengkel Rantau Asean akan merumuskan kaedah sesuai untuk memanfaatkan ICT dengan lebih baik dan meningkatkan jaringan kerjasama dan perkongsian maklumat antara negara Asean.

Shafie berharap para peserta bengkel akan merumuskan konsep dan pendekatan baru serta berkongsi pengetahuan dan kepakaran mengenai bagaimana untuk membangunkan dan melaksanakan projek ICT di kawasan luar bandar. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan