Kecoh: PKR Kenal Pasti Dalang, Mesyuarat Agung 7 Cabang Ditangguh

Diterbitkan: Isnin, 27 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kekecohan yang berlaku di tiga cabang yang mengadakan pemilihan pada Ahad didalangi pihak luar yang bukan ahli parti.

Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, pihaknya telah mengenal pasti individu-individu berkenaan yang sengaja mencetuskan kekecohan di cabang Klang, Kapar dan Kuala Langat semata-mata mahu memberi gambaran negatif kepada parti itu.

"Kekecohan yang berlaku di ketiga-tiga cabang berkenaan menggunakan modus operandi yang sama iaitu dia ambil kotak undi, pecahkan dan tabur kertas-kertas undi itu dalam hujan... kemudian dia terus beredar.

"Apa yang boleh disahkan ialah watak yang kita kenal pasti bukan ahli parti, kita perlukan maklumat daripada orang tempatan untuk sahkan siapakah individu berkenaan... ia boleh dibuktikan melalui rakaman foto yang dirakamkan petugas," katanya pada sidang media Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.

Sehubungan itu Saifuddin memberitahu, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu menangguhkan proses di tiga cabang terbabit.

Mengulas lanjut mengenai kekecohan berkenaan, Saifuddin

Selain itu empat lagi pemilihan peringkat cabang yang turut ditangguhkan ialah Petaling Jaya Selatan, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus kerana mempunyai masalah tadbir dan teknikal, jelas beliau.

"Tujuh daripada 166 cabang di seluruh negara yang sudah menyempurnakan mesyuarat agung masing-masing ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan oleh JPP," tambahnya.

"Bagi cabang Petaling Jaya Selatan kita terpaksa tangguhkan kerana menerima kehadiran pengundi yang begitu ramai di luar jangkaan, jadi kita terpasa tangguh kerana bilangan kertas undi yang disediakan tidak mencukupi," katanya.

Bagi cabang Kuala Nerus, menurut Saifuddin terdapat usul agar pemilihan cabang berkenaan ditangguhkan kerana masih terdapat kes bantahan awal yang belum diputuskan.

"Manakala di Merbok, insiden yang berlaku ialah kertas undi yang dikeluarkan dicetak tambah, tapi bukan oleh pengawas... oleh anggota parti.

"Dan di cabang Jerai pula kita menerima laporan awal terdapat pergeseran di kalangan anggota parti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan