Tuduhan Dinasti, Kroni Kepada Umno Balik Kepada PKR Sendiri

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Tuduhan Parti Keadilan Rakyat (PKR) selama ini yang mendakwa Umno mengamalkan dinasti dan kroni dalam kepimpinannya kini terpercik ke muka sendiri, kata naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

"Mereka boleh kata Umno ini dinastilah, ada kumpulan-kumpulanlah tetapi mereka lagi teruk daripada apa yang mereka katakan terhadap kita," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kesediaan anak perempuan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah yang juga Anggota Parlimen Lembah Pantai untuk bertanding jawatan naib presiden parti itu pada pemilihan akan datang.

Malah Shafie berkata beliau tidak menolak kemungkinan berlaku politik wang dalam proses pemilihan berkenaan.

Selama ini PKR juga menuduh Umno sebagai ada kroni namun perkembangan terkini dalam parti berkenaan menunjukkan amalan kroni dalam parti itu lebih ketara.

Mengenai usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) atas alasan ramai bekas pemimpin parti berkenaan dipinggirkan Umno, Shafie berkata mereka perlu ingat bahawa sebab kemasukan Umno ke Sabah ialah untuk menyatukan kaum Bumiputera di negeri itu.

Katanya selepas kemasukan Umno, anggota parti Usno, parti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) kini bersatu dalam Umno dan sekiranya Usno dihidupkan kemungkinan besar Bumiputera akan berpecah semula.

"Saya yakin rakyat Malaysia di Sabah ini sudah matang. Apa yang perlu kita lakukan ialah bersatu memajukan negeri ini dan menyatukan rakyat kita," katanya.

Menurut Shafie, apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mendengar rungutan golongan berkenaan dan bertindak secara serius mengatasinya supaya mereka tidak membawa diri lebih jauh daripada Umno.

"Kemungkinan ada perkara-perkara yang perlu kita dengar (daripada golongan ini) dan perlu diatasi. Bukan setakat mendengar tetapi kita perlu mengatasi masalah yang mereka utarakan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan