Saya Tidak Tamak - Nik Aziz

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak menyimpan sedikit pun perasaan tamak untuk terus kekal memegang jawatan itu yang telah disandangnya sejak 1990.

Nik Aziz berkata ia bukan kehendaknya tetapi adalah keputusan pucuk pimpinan PAS sendiri yang mahukan beliau terus memegang jawatan itu.

"Saya sendirilah jadi Menteri Besar ini tak ada tamak sikit habuk tapi telah dipilih oleh parti. Jadi Menteri Besar, kalau boleh nak suruh orang lain (ganti) tapi lepas setahun, setahun, lepas sepenggal, sepenggal (terus memegang jawatan itu)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad.

Mursyidul Am PAS itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) di Pasir Mas semalam yang mengingatkan pemimpin Melayu termasuk dari parti pembangkang supaya tidak menggadaikan hak-hak orang Melayu semata-mata hendak mendapat tempat dan ingin menjadi Perdana Menteri.

Menurut Mahathir keadaan itu jika dibiarkan tidak mustahil suatu hari kelak negara ini akan menjadi seperti Singapura dimana bangsa Melayu dan umat Islam tidak lagi bebas bersuara.

Mengulas perkara itu, Nik Aziz berkata apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir itu diterimanya dengan baik dan boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua pihak termasuk daripada parti pembangkang. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan