Malaysia Akan Merangka Pelan Tindakan Ekonomi Bersama Selatan Thai

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Malaysia akan merangka satu pelan tindakan ekonomi dalam usaha mengukuhkan jalinan kerjasama di lima wilayah yang terletak di sempadan Malaysia dan Thailand.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata kerjasama erat untuk membangunkan lima wilayah di utara Malaysia dan Selatan Thailand itu akan direalisasikan bagi memangkin ekonomi dan kemajuan di kedua-dua sempadan berkenaan.

"Sebagaimana yang kita ketahui, utara Malaysia kurang maju, begitu juga Selatan Thailand yang boleh dikatakan kawasan yang agak ketinggalan.

"Justeru inisiatif untuk menjalin dan mengukuhkan kerjasama erat bagi membangunkan ekonomi di kedua-dua kawasan itu akan diteruskan kerana banyak faedahnya," katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Dagangan Kota Baharu (KBTC) di sini, Ahad.

Beliau berkata pihaknya juga telah merancang pelbagai program dan projek dari semasa ke semasa untuk dilaksanakan di kawasan berkenaan.

"Antara projek yang kita akan laksanakan ialah membangunkan sektor pertanian, Industri Kecil Sederhana (IKS), pembangunan industri halal, pelancongan dan banyak lagi," katanya.

Mustapa berkata banyak potensi untuk pelbagai sektor dibangunkan di kawasan berkenaan kerana kedudukannya yang strategik dan sentiasa dikunjungi rakyat dari dua negara berkenaan.

Beliau berkata inisiatif membangunkan sempadan itu bukan semata-mata untuk membantu negara Thailand tetapi ia lebih kepada kerjasama untuk mengukuhkan pendapatan penduduk di sempadan itu. "Sebagai contohnya di utara Malaysia yang hari ini punca utama pendapatan penduduk adalah getah tetapi ia masih tidak cukup dan perlu ada punca pendapatan lain atau sampingan untuk mengukuhkan ekonomi penduduk," katanya.

Justeru katanya kerajaan akan sentiasa berusaha mencari peluang dan mengenalpasti bidang-bidang lain untuk kelangsungan hidup penduduk, terutama dengan mwujudkan jalinan kerjasama yang kukuh dengan negara-negara jiran.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan