Mahathir Hadir Kali Pertama Ke Kelantan Selepas Disembur Cecair

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR MAS: Buat pertama kali bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad datang ke Kelantan pada Sabtu setelah insiden beliau disembur cecair di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, empat tahun lalu.

Dr Mahathir yang diiringi oleh isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali datang ke negeri ini untuk menghadiri perhimpunan Melayu Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

Beliau tiba di majlis itu dengan memakai kain lilit di kepala bewarna kuning dengan corak bunga padi serta mengenakan selempang merah di bahunya.

Ketibaan Dr Mahathir disambut dengan sorakan gemuruh dan laungan "hidup Melayu" oleh kira-kira 10,000 orang termasuk Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Kali terakhir Dr Mahathir datang ke Kelantan ialah pada 2006.

Pada lawatan itu, Dr Mahathir telah disembur dengan cecair yang merbahaya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa pada pukul 11 pagi, 28 Julai 2006.

Berikutan insiden itu seorang ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff, 55, telah didakwa di mahkamah atas tuduhan menyebabkan kecederaan dengan menyembur bahan merbahaya kepada Dr Mahathir.

Kes itu masih dibicarakan.

Sementara itu, Dr Mahathir ketika berucap pada perhimpunan itu berkata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kini dilihat sebagai seorang tokoh politik ulama yang mudah bertolak ansur soal agama Islam dengan DAP, rakan sekutu PAS, demi mencari kepentingan mendapatkan undi pada pilihan raya umum.

Sedangkan, katanya, DAP secara terang-terangan menentang perjuangan PAS yang ingin melaksanakan hukum Hudud dan menjadikan negara ini sebagai negara Islam, dengan DAP berkata "langkah mayat mereka dahulu".

Dr Mahathir mendakwa sikap Nik Abdul Aziz itu yang juga Menteri Besar Kelantan akhirnya akan membawa keburukan kepada orang Islam dan orang Melayu kerana mengenepikan agama dan bangsa demi mendapat sokongan.

PAS sanggup menjadi boneka atau patung dalam kerajaan sedangkan hak orang Melayu dikorbankan mereka, dakwa beliau.

Justeru itu beliau menyeru pemimpin Melayu kini supaya jangan terikut-ikut untuk mendapatkan sokongan undi dan menjadi pemerintah negara semata-mata sehingga sanggup mengorbankan perjuangan hak orang Melayu di negara ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan