Lelaki Tertembak Rakan Ketika Buru Babi Hutan - Berita Semasa | mStar

Lelaki Tertembak Rakan Ketika Buru Babi Hutan

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Seorang lelaki berumur 42 tahun cedera di perut ditembak rakan ketika kedua-duanya berburu babi hutan di sebuah kebun getah Kampung Pak Sik, Keruak, Hulu Besut semalam.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital daerah Jerteh sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa dan suspek,67, yang merupakan rakan baik ke kebun getah milik mangsa untuk memburu babi hutan kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Mangsa dikatakan mengekori suspek dari belakang dalam keadaan gelap.

"Suspek ternampak sesuatu melintas di hadapannya yang disangkanya seekor babi hutan lalu melepaskan tembakan menggunakan senapangnya.

"Bagaimanapun beliau terdengar jeritan mangsa yang memaklumkan beliau terkena tembakan di perut," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Kamaruddin berkata polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan tiada unsur jenayah pada kejadian itu.

Beliau turut menasihati pemilik senjata api supaya berhati-hati semasa menggunakannya terutama ketika memburu haiwan liar bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.-BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan