Lelaki Cedera Ditembak Selepas Rampas Pistol Polis - Berita Semasa | mStar

Lelaki Cedera Ditembak Selepas Rampas Pistol Polis

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ditembak di paha kanannya selepas merampas sepucuk pistol milik anggota polis ketika cuba melarikan sebuah kereta di hadapan hotel Sri Petaling di sini, Ahad.

Lelaki berusia 31 tahun itu dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaya (PPUKM) manakala seorang rakannya berumur 34 tahun yang menginap di hotel itu ditahan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Supt Azri Abdul Rahman berkata polis melepaskan tembakan ke arah lelaki itu ketika dia bergelut dengan anggota polis dalam kereta pacuan empat roda yang cuba dilarikan lelaki terbabit.

Beliau berkata sebelum itu lelaki terbabit cuba melarikan Mitsubishi Storm dengan pemilik kereta itu berada di dalamnya, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki itu dan pemilik kereta berkenaan.

"Kejadian itu sempat dihalang oleh polis yang membuat rondaan di kawasan itu menyebabkan berlaku pergelutan antara polis dan suspek. Suspek kemudian merampas pistol dari anggota polis itu dan melepaskan dua tembakan ke udara. "Melihatkan kejadian itu, rakan rondaan anggota itu terus melepaskan beberapa tembakan ke arah suspek yang mengenai paha kanannya," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Beliau berkata kejadian bermula pada pukul 10 pagi apabila lelaki terbabit dilapor merampas kunci kereta Mercedez Benz yang dipegang seorang pengunjung di lobi hotel itu.

"Suspek yang terlihat mangsa meletakkan keretanya (Mercedez) di hadapan hotel menyambar kunci kereta yang dipegangnya tetapi sempat dihalang pengawal keselamatan hotel itu," katanya.

Azri berkata berdasarkan beberapa bukti yang ditemui dalam bilik penginapan mereka di hotel itu, polis percaya kedua-dua lelaki terbabit adalah pengedar dadah.

Bagaimanapun Azri enggan mengulas lanjut mengenai rampasan itu.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit menginap di hotel itu sejak dua minggu lepas dan siasatan polis mendapati lelaki yang cedera ditembak itu mempunyai satu rekod jenayah manakala rakannya lapan rekod jenayah lampau. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan