Kerajaan Kaji Jalan Penyelesaian Kadar Tol Jambatan Pulau Pinang

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Kerajaan pusat sedang mencari jalan penyelesaian dan mekanisme sesuai berhubung kadar tol Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata beliau sudah menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor bagi membincangkan perkara berkenaan kerana ia amat penting untuk kebajikan penduduk Pulau Pinang.

Dr Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun Gerakan tidak mendapat mandat dan tidak mempunyai sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang tetapi tugas membela rakyat Pulau Pinang tetap diteruskan termasuk memperjuangkan isu kadar tol Jambatan Pulau Pinang.

"Saya sudah menyerahkan cadangan untuk mencari jalan penyelesaian kepada Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya, kini kerajaan pusat sedang meneliti cadangan itu bagi memastikannya ia tidak membebankan rakyat negeri ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Agung Gerakan Pulau Pinang di sini, Ahad.

Akhbar sebelum ini melaporkan kadar tol Jambatan Pulau Pinang pertama dan kedua apabila jambatan kedua siap dan beroperasi sepenuhnya pada 2013.

Bagi Kelas 1 iaitu motosikal kadarnya RM1.90 dan Kelas 2 (kereta, teksi dan van dua gandar) adalah RM9.40, kenderaan Kelas 3 (dua gandar empat roda) dikenakan tol RM16.20, kenderaan Kelas 4 (dua gandar enam roda) kadarnya adalah RM33.60, Kelas 5 (tiga gandar) pula RM60.60, Kelas 6 (empat gandar) RM80.80 dan Kelas 7 (lima gandar dan lebih) RM100.90.

Ketika ini kadar tol dikenakan kepada pengguna jambatan Pulau Pinang adalah RM1.40 bagi Kelas 1, RM7 bagi Kelas 2, RM12 (Kelas 3), RM25 (kelas 4), RM45 (Kelas 5), RM60 (Kelas 6) dan RM75 (Kelas 7).

Dr Koh yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang berkata kerajaan pusat sudah mengenal pasti beberapa projek pelaburan yang bakal dilaksanakan di Pulau Pinang hasil daripada Pelan Transformasi Kerajaan.

Beliau berkata pelaburan itu dilihat mampu meningkatkan kadar pelaburan yang semakin menurun sejak pakatan pembangkang mengambil alih Pulau Pinang pada 2008.

"Apa saya boleh katakan adalah ia dalam bidang elektrikal serta elektronik dan ini menunjukkan bahawa kerajaan pusat tidak pernah melupakan Pulau Pinang walaupun diperintah pembangkang,"katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan