Kementerian Pengangkutan Kaji Bangunkan Khidmat Keretapi Ipoh-Lumut

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LUMUT: Kementerian Pengangkutan telah memulakan kajian awal mengenai cadangan mengadakan perkhidmatan kereta api antara bandar raya Ipoh dan Lumut, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata kajian berkenaan telah mengenalpasti laluan perkhidmatan rel iaitu dari Ipoh ke Batu Gajah dan Pelabuhan Lumut di Kampung Acheh dekat sini.

Katanya satu pasukan pegawai kementerian akan diarah membuat tinjauan pelbagai aspek rangkaian laluan kereta api termasuk kedudukan geografi kawasan terbabit.

"Kajian turut dibuat bagi menentukan sejauh mana perkhidmatan rel itu berpotensi daripada segi permintaan pasaran yang melibatkan pengangkutan barangan dan penumpang," katanya selepas menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian hadiah Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Perak anjuran Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dan Persatuan Sepaktakraw Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, Ahad.

Kong berkata kementerian akan mengkaji dengan teliti cadangan itu dan mungkin mengambil sedikit masa bagi memastikan tiada sebarang masalah timbul di masa depan jika ia dilaksanakan.

"Kos dan jangkamasa siapnya perkhidmatan itu sekiranya diluluskan nanti juga masih dalam kajian," katanya sambil menambah kata bahawa kajian turut membabitkan bilangan stesen yang perlu disediakan.

Cadangan mengadakan khidmat kereta api berkenaan dibuat oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir baru-baru ini yang menurutnya wajar dijadikan pengangkutan alternatif penumpang dan barangan bagi membangunkan daerah Manjung.

Sementara itu, sebanyak 17 pasukan dari Perak, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur menyertai kejohanan sepak takraw itu.-BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan