Kementerian Mohon Pegawai Pemantau Harga Diserap Ke Jawatan tetap

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memohon kerajaan menimbang untuk menyerap 1,600 pegawai pemantau harga kementerian itu ke jawatan tetap.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peranan pegawai yang bertaraf kontrak itu penting dalam membantu pegawai penguatkuasa kementerian mengawal peniaga daripada menaikkan harga barang sesuka hati.

Beliau berkata kesemua pegawai itu mempunyai latihan serta banyak pengalaman dalam bidang pengkuatkuasaan dan pemantauan harga barang.

"Jika mereka yang berpengalaman ini berhenti kerja atau mendapat pekerjaan baru, ia amat merugikan kementerian.

"Mereka wajar diserap (ke jawatan tetap) kerana menjalankan tugas dengan berkesan membantu kementerian dalam mengawal harga barang terutama pada musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri senamrobik Kelab Dance Dare Bera di sini, Ahad.

Sementara itu, Ismail Sabri turut meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengisi segera kekosongan 130 jawatan pengkuatkuasa di kementerian itu.

Beliau berkata 2,000 pegawai penguatkuasa sedia ada tidak mampu menanggung bebanan tugas yang semakin bertambah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan