Kawasan Hijau Di Sibu Kini Berwajah Baru

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Bertindak sebagai "kawasan hijau" kepada penduduk Sibu, Taman Rimba Bukit Lima di sini telah diberikan nafas baru.

Ini berikutan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan di dua laluan pejalan kaki yang diperbuat daripada kayu sepanjang 3.2 km di kawasan seluas 218.38 hektar itu.

Pengerusi Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) Datuk Wong Kie Yik berkata kerja pembaikan itu berjaya dilaksanakan hasil sumbangan RM366,000 daripada STA, sebagai satu daripada projek komuniti tahunan persatuan.

Projek itu yang bermula 1 April, siap pada Julai, katanya semasa merasmikan majlis STA sempena siapnya projek itu di sini hari ini. Wong berkata STA bersyukur kerana berpeluang membantu masyarakat kerana laluan itu perlu dibaiki segera bagi menjamin keselamatan pengguna.

Katanya taman itu merupakan hutan paya bakau yang menjadi tempat tinggal kepada 39 spesies burung, termasuk helang hitam, raja udang dan bangau, pelbagai jenis mamalia seperti monyet ekor panjang dan 35 spesies tumbuhan.

Ia juga bertindak sebagai makmal kepada penyelidik untuk mengkaji hidupan liar di Sibu.

Sementara itu, Dr Hu Chang Hock, yang sering berjogging di taman itu berkata, ada antara pesakitnya pergi ke taman itu untuk proses penyembuhan selepas menjalani pembedahan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan