Desakan Kit Siang Bukti Sikap Diktator DAP - MBM

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Desakan Penasihat DAP Lim Kit Siang supaya Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengambil tindakan tegas terhadap dua orang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman adalah contoh sikap diktator DAP.

Presiden Alumni Majlis Belia Malaysia (MBM) Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, inilah contoh cara DAP bertindak tanpa berfikir panjang pada segenap sudut apabila mahu menjatuhkan hukuman apabila mereka berkuasa.

Beliau berkata, pemimpin DAP itu sewajarnya bersikap lebih rasional dan berhati-hati bila membuat sesuatu kenyataan lebih-lebih lagi berhubung dengan isu perpaduan kaum.

“Sebagai pemimpin DAP dan seorang ahli politik sepenuh masa tidak semestinya Kit Siang menjadi seorang yang ”tahu semua”.

Beliau juga perlu lebih prihatin dan belajar mengenai Perintah Am dan kuasa-kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah hotel bajet, Hotel D’Keriangan di Padang Serai dekat sini malam Sabtu.

Katanya, MBM menyokong tindak balas Muhyiddin terhadap reaksi Lim yang disifatkanya sebagai 'menangguk di air keruh' dan mencari publisi murahan.

Shamsul Anuar mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa beliau tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil sebarang tindakan terhadap seorang pengetua dan seorang guru yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur politik baru-baru ini.

Katanya, berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan, kuasa tersebut terletak di bawah kuasa Ketua Setiausaha Negara (KSN) kerana kedudukan individu tersebut adalah pegawai kerajaan berjawatan tetap gred DG48.

Muhyiddin mengulas dakwaan Lim bahawa Menteri Pelajaran enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan tegas ke atas seorang pengetua di Kulai Jaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan