Bajet 2011 Signifikan Ke Arah Mencapai Status Negara Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Ahad, 26 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BIDOR:Bajet 2011 disifatkan sebagai signifikan kerana penggubalan dan pelaksanaannya berpaksikan usaha kerajaan ke arah mencapai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah berkata, bajet 2011 yang dibentangkan pada kabinet Selasa lepas, memberikan penjelasan mengenai hala tuju bajet tahun depan itu yang disediakan buat kali pertama berteraskan Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA).

Beliau berkata, bajet itu menggariskan 160 sektor kecil NKEA dalam bidang tertentu seperti minyak dan gas, telekomunikasi dan teknologi maklumat, pendidikan dan industri pembuatan.

Bajet itu diterima baik oleh semua kementerian semasa pembentangan itu, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Surat Kelulusan Peruntukan pembinaan surau baru Madrasatul In Amiah di sini Ahad.

Menurutnya, cuma terdapat beberapa kementerian yang memohon sedikit peruntukan tambahan kepada beberapa item tertentu seperti perbelanjaan pengurusan dan bagi pelaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Tetapi ia tidak melibatkan jumlah yang banyak dan kita akan mengambil kira perkara tersebut bagi memastikan draf akhir nanti merupakan satu bajet yang inklusif.

Bajet 2011 bukanlah bajet kerajaan semata-mata...pada masa ini kita masih menunggu maklum balas daripada semua pihak dalam menyiapkan draf tersebut," kata Ahmad Husni.

Beliau berkata, tidak banyak perubahan yang akan dilakukan pada draf pertama ekoran penerimaan baik hasil pembentangan berkenaan.

Menurutnya, proses penggubalan bajet itu melibatkan penyediaan dan pelaksanaannya, oleh itu maklum balas dan pelbagai input daripada semua pihak diperlukan.

Draf pertama Bajet 2011 yang dibentangkan itu mengandungi cadangan serta maklum balas pelbagai agensi kerajaan, kumpulan fokus dan sektor perindustrian termasuk penilaian oleh semua kementerian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan