Subjek Pengajian Sosial Perlu Diperkenal Untuk Semai Semangat Perpaduan - Berita Semasa | mStar

Subjek Pengajian Sosial Perlu Diperkenal Untuk Semai Semangat Perpaduan

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Subjek pengajian sosial disaran diajar mulai sekolah rendah hingga ke peringkat prauniversiti sebagai pelengkap sistem pendidikan, dalam usaha menyemaikan semangat perpaduan di kalangan generasi muda.

Felo Utama Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Profesor Dr Mansor Muhamad Nor berkata melalui subjek tersebut, generasi muda akan lebih mengenali budaya, agama dan kebudayaan kaum lain, sekaligus dapat membina kesepaduan sosial yang menjurus kepada kepentingan bersama.

Katanya, sistem pendidikan yang wujud ketika ini, tidak menyemai kemahiran dalam memahami hubungan serta tingkah-laku sesama manusia, sebaliknya lebih cenderung dan menitikberatkan bidang teknologi seperti Sains dan Matematik.

Dr Mansor berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas Persidangan Kebangsaan Perbandingan Pengajian Melayu dan Pengajian Cina di sini, Sabtu.

Beliau berkata pengajian kemanusiaan merupakan perkara asas yang perlu difahami masyarakat supaya semangat perpaduan tidak mudah goyah apabila ada anasir yang cuba memanipulasi mereka dengan kenyataan bersifat perkauman.

"Apabila seseorang itu mempunyai ilmu, mereka mampu menilai baik atau buruk sesuatu perkara, serta tidak akan mudah diperbodohkan dan termakan hasutan pihak yang cuba mengganggu-gugat kestabilan dalam masyarakat," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan