Muhyiddin Ajak Ibu Bapa Galak Anak-Anak Guna Internet Untuk Belajar

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak semua ibu bapa untuk menggalakkan anak mereka menggunakan kemudahan internet untuk meningkatkan pembelajaran mereka.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kemudahan internet ini banyak memberi faedah dan membolehkan wakil-wakil rakyat berhubung dengan orang ramai.

Beliau berkata demikian semasa sidang video dengan seorang bapa pelajar sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir, Mohd Salleh dari Parit Lanjut, Bukit Pasir di sini, Sabtu.

Muhyiddin berada di sekolah itu, Sabtu untuk meninjau kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir yang dibangunkan oleh Telekom Malaysia.

Beliau yang diiringi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Datuk Dr Halim Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Zamzamzairani Mohd Isa menghabiskan masa selama sejam untuk mendengar taklimat kemajuan projek tersebut.

Muhyiddin turut menyaksikan interaksi di antara pelajar-pelajar sekolah tersebut dengan pelajar Sekolah Menengah Puteri, Cyberjaya di mana wakil pelajar kedua-dua sekolah menyatakan betapa berfaedahnya kemudahan tersebut untuk kemajuan pembelajaran.

Projek infrastruktur gentian optik yang dilaksanakan Telekom Malaysia di sekolah itu menyediakan kemudahan jalur lebar berkelajuan 10Mbps, satu akses internet yang pantas bagi aplikasi pengajaran dan pembelajaran.

Melalui teknologi tersebut, seorang guru pakar mampu mengajar mata pelajaran kepada pelajar beberapa buah kelas di sekolah yang sama dan sekolah-sekolah lain.

Sehingga kini, kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi di bawah projek SchoolNet itu telah dilaksanakan di 20 buah sekolah di Putrajaya dan lima buah sekolah di Cyberjaya.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Pasir menjadi sekolah yang pertama di luar Lembah Klang untuk menerima projek tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan