Menteri Pelajaran Tidak Ada Kuasa Eksekutif - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa Menteri Pelajaran tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mana-mana pegawai perjawatan tetap kerajaan seperti pengetua sekolah.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran mencabar pemimpin DAP Lim Kit Siang untuk membuktikan di segi peruntukan perundangan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh menteri untuk mengambil tindakan disiplin.

"Lim Kit Siang tolonglah, fahamlah, pergi masuk sekolah belajar undang-undang, tentang pentadbiran atau tentang pengurusan. Dia (Kit Siang) tidak ada pengalaman, dia ketua pembangkang tetapi tidak tahu apa-apa," katanya kepada pemberita di Dewan Sri Pekembar, Pagoh, Sabtu.

Muhyiddin mengulas dakwaan Kit Siang bahawa beliau enggan menggunakan kuasanya sebagai menteri untuk mengambil tindakan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya dan seorang guru di Bukit Selambau yang didakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman baru-baru ini.

Terdahulu, beliau merasmikan program Lonjakan Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Pagoh 2010, yang turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebarang tindakan tatatertib terhadap kakitangan kerajaan berjawatan tetap mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.

Selain itu, menurut beliau, setiap tuduhan juga perlu disiasat dengan teliti, manakala pegawai kerajaan yang dituduh itu diberikan peluang seadil-adilnya untuk menjawab tuduhan terhadap mereka.

"Kita mesti bersikap adil selaras dengan peruntukan Perlembagaan," katanya. Katanya jawatankuasa yang ditubuhkan untuk menyiasat tuduhan terhadap guru dan pengetua itu telah pun selesai menjalankan tugas mereka.

Jawatankuasa siasatan itu diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha kementerian.

Muhyiddin berkata, di dalam kes pengetua dan guru sekolah terbabit yang merupakan pegawai kerajaan berjawatan tetap, kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka terletak di bahu Ketua Setiausaha Negara.

"Saya tidak boleh bertindak dengan sewenang-wenangnya di atas desakan politik DAP atau lain-lain pihak. Perkara ini melibatkan perjawatan tetap kerajaan dan kita mempunyai prosedur dan peraturan mengenainya," katanya.

Muhyiddin berkata tindakan yang diambilnya itu adalah berlainan dengan sikap emosional dan politikal Kit Siang.

"Kit Siang tidak faham, tak pernah jadi pegawai kerajaan. Dia orang politik, 100 peratus totok politik. Dia tidak faham dengan soal pentadbiran," katanya.

Katanya, pemimpin pembangkang itu hanya mahu menarik sokongan golongan tertentu.

Sementara itu, Dr Zulkurnain yang turut berada pada sidang akhbar itu berkata, pihak yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pegawai kerajaan berjawatan tetap DG48 adalah Ketua Setiausaha Negara.

"Hanya pihak yang melantik (pegawai kerajaan) sahaja berkuasa dan berhak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai berkenaan, menteri tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai kerajaan berjawatan tetap," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan