Maybank Tidak Gusar Demonstrasi Anti-Malaysia Di Indonesia

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kumpulan perbankan terbesar Malaysia, Maybank, akan meneruskan pelaburannya di Indonesia meskipun berlaku demonstrasi anti-Malaysia di sana.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata Indonesia tetap merupakan ekonomi terbesar dalam rantau Asean dan bank itu komited untuk memperkukuh kedudukannya di negara itu.

"Jika kita pelabur jangka panjang, kejadian-kejadian kecil tidak seharusnya mematahkan semangat kita.

"Kami melabur di Indonesia untuk jangka panjang. Kami akan terus melabur dan berkembang di Indonesia," katanya kepada pemberita pada Rumah Terbuka Hari Raya bank itu di sini, Sabtu.

Beliau berkata bank itu yang kini mempunyai lebih daripada 290 cawangan di Indonesia, akan membuka sebuah cawangan baharu seminggu bagi mencapai jumlah 400 cawangan di negara itu dalam dua tahun akan datang.

Tentang cadangan urus niaga ringgit di peringkat antarabangsa, Wahid berkata kerajaan perlu memastikan persekitarannya kondusif dan rizab antarabangsa negara mestilah mencukupi sebelum ia melaksanakan cadangan itu.

Beliau percaya unit tempatan itu akan terus mengukuh berbanding dolar AS dalam jangka panjang. Wahid juga berkata industri perbankan Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk membiayai projek-projek pembangunan ekonomi di negara ini termasuk projek di bawah Program Transformasi Ekonomi.

Kata beliau sistem kewangan negara ini juga amat kukuh dan tinggi kecairannya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan