Kartunis Zunar Direman Sehari

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Kartunis Zunar direman sehari selepas polis memperoleh perintah itu daripada Mahkamah Majistret di sini, Sabtu.

Kartunis Malaysiakini itu atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque ditahan pada Jumaat di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang didakwa ‘boleh menjejaskan kepentingan orang awam’ dan ‘mempengaruhi rakyat memberontak dan menentang polisi kerajaan’.

Ketika menyerbu pejabatnya di Brickfields, polis merampas kira-kira 70 naskah komik terbarunya, Cartoon-o-phobia yang sepatutnya dilancarkan malam Jumaat.

Komik terbaru Cartoon o-phobia memaparkan koleksi kisah politik yang dipaparkan di laman web Malaysiakini, diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Sebelum ini Zunar pernah menerbitkan tiga buah buku, - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu beliau memberitahu Malaysiakini bahawa dia sanggup menanggung risiko dalam penerbitan karya terbarunya itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan