Kartunis Zunar Ditahan

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kartunis Malaysiakini, Zulkiflee Anwar Ulhaque atau lebih dikenali sebagai Zunar ditahan pada Jumaat di bawah Akta Hasutan kerana menerbitkan buku yang didakwa ‘boleh menjejaskan kepentingan orang awam’ dan ‘mempengaruhi rakyat memberontak dan menentang polisi kerajaan’.

Polis menyerbu pejabatnya di Brickfields merampas kira-kira 70 naskah komik terbarunya, Cartoon-o-phobia yang sepatutnya dilancarkan malam ini.

Pada pukul 4 petang, sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Arikrishnan Apparau daripada balai polis daerah Brickfileds merampas buku dan beberapa lakaran komik terbaru kartunis tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman turut mengesahkan penahanan Zunar.

Komik terbaru itu, Cartoon o-phobia memaparkan koleksi kisah politik yang dipaparkan di laman web Malaysiakini

Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks - sebuah anak syarikat Malaysiakini.

Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.

Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.

Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

Zunar kemudiannya dilihat dibawa keluar daripada IPD Brickfields dengan menaiki kenderaan polis pada kira-kira jam 7 petang ini.

Di laman web Malaysiakini, Zunar dilaporkan berkata, walaupun dia ditahan majlis pelancaran komik terbarunya tetap berlangsung pada malam ini.

Beliau berkata, ‘Cartoon-o-phobia’ dipilih sebagai tajuk kerana ia telah berjaya menakutkan parti politik tertentu berdasarkan isu yang dibawa oleh kartun terbitannya.

Kartunis itu berkata kandungan karya terbarunya agak berbeza dengan buku terbitannya sebelum ini.

Sebelum ini Zunar pernah menerbitkan tiga buah buku, - 1 Funny Malaysia, Perak Darul Kartun dan Isu Dalam Kartun yang telah diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri.

Terdahulu beliau memberitahu Malaysiakini bahawa dia sanggup menanggung risiko dalam penerbitan karya terbarunya itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan