JPJ Akan Kemukakan Cadangan Mansuh Saman Ekor Kepada Kabinet

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperhalusi cadangan memansuhkan saman ekor sebelum dikemukakan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan kata putus, kata Timbalan Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad.

Katanya pihaknya sedar penguatkuasaan peraturan saman ekor itu boleh mengundang pelbagai kesulitan kepada pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan akibat disenaraihitamkan.

"Ini melibatkan dasar dan InsyaAllah cadangan itu akan dibawa oleh Ketua Pengarah JPJ (Datuk Solah Mat Hassan) kepada menteri berkenaan dan seterusnya kepada Kabinet," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Satu Komuniti Satu JPJ (SKSJ) di Sekolah Menengah Batu Gajah, di sini, Sabtu.

Hadir sama, Pengarah Korporat dan Penyelidikan JPJ, Zairi Mat Ali dan Pengarah JPJ Kelantan, Abdul Ghani Che Kassim.

Pada majlis itu, kira-kira 200 peneroka berumur 45 tahun ke atas di jajahan Tanah Merah diberi kemudahan mendapatkan lesen memandu melalui ujian lisan.

Ismail berkata, kerajaan juga akan memperluaskan lagi program SKSJ ke seluruh negara, terutama di Sabah dan Sarawak kerana masih ramai penduduk kawasan luar bandar di negeri itu yang tidak memiliki lessen memandu.

Katanya, program itu yang dahulunya dikenali sebagai 'JPJ Bersama Rakyat' (JBR) diperkenalkan sejak 1990an bagi memberi kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar memperoleh lesen memandu.

Menurutnya, program itu akan ditetapkan sebanyak tiga kali setahun di setiap negeri dan mengikut keperluan kawasan pedalaman di sesebuah negeri itu, termasuk di Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan