JPAM Dijangka Miliki 180,000 Anggota Menjelang Akhir Tahun Ini

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dijangka mempunyai 180,000 anggota menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Halim Abdul Hamid.

Jumlah anggota JPAM di seluruh negara ketika ini adalah seramai 140,000 orang berikutan pendaftaran seramai 60,000 anggota baru pada enam bulan pertama tahun ini, katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka Aidilfitri JPAM Perlis di sini, Sabtu.

Berikutan penambahan anggota, katanya, pihaknya sedang menubuhkan pejabat di setiap daerah bagi memudahkan sesi latihan untuk anggota baru.

"Setiap daerah mesti ada sekurang-kurangnya sebuah ambulans bagi memudahkan operasi JPAM," ujarnya.

Mengulas pembinaan Pusat Latihan JPAM bernilai RM18 juta di Perlis, beliau berkata ia dijangka siap November ini dan pusat latihan seumpama itu juga akan dibina di Anak Bukit, Kedah dan Beserah, Pahang, tidak lama lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan