Isteri Usahawan India Serah Telefon Bimbit, Dokumen Kepada Polis

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Isteri usahawan India, S. Usharani bersama Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Langat berhubung siasatan kes kehilangan suaminya seorang jutawan India, Allal Kanthan Muthuraja.-Foto BERNAMA.
Isteri usahawan India, S. Usharani bersama Anggota Parlimen Kapar, S. Manikavasagam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kuala Langat berhubung siasatan kes kehilangan suaminya seorang jutawan India, Allal Kanthan Muthuraja.-Foto BERNAMA.

BANTING: S.Usharani, isteri usahawan dari India, Allal Kanthan Muthuraja, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat hari ini bersama anggota Parlimen Kapar, S.Manikavasagam untuk memberi keterangan berhubung kehilangan suaminya.

Mereka tiba di IPD berkenaan kira-kira 6 petang dan selesai memberi keterangan pada 9 malam tadi.

Manikavasangan berkata beliau dipanggil merakamkan kenyataan berhubung penglibatannya membawa Usaharani dan membantu wanita itu berurusan dengan polis. Beliau berkata Usharani turut dipanggil berhubung perkara yang sama, dan polis turut mengambil keterangan berhubung rakaman dalam telefon bimbit milik wanita itu.

"Tadi, pukul 12 tengahari, saya telah menyerahkan telefon bimbit (milik Usharani) ke Bukit Aman. Turut diserahkan ialah memorandum yang mengandungi salinan laporan polis yang dibuat tentang kehilangan suami beliau, salinan pasport dan salinan surat beranak anaknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di IPD berkenaan. Manikavasagam berkata Usharani akan menyambung keterangannya di ibu pejabat polis itu pada 1 tengah hari esok.

Sementara itu, Usharani yang tiba di negara ini sejak 22 Sept lepas, berkata beliau mungkin pulang ke India pada 26 Sept ini, bagaimanapun, ia mungkin ditangguhkan jika ada perkembangan baru dalam siasatan kes itu.

Beliau juga percaya saudara terdekat suaminya akan datang ke negara ini dalam tempoh terdekat bagi membantu mengesahkan DNA suaminya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Nordin Manan berkata pihaknya telah memperoleh telefon bimbit yang menjadi bahan bukti siasatan kes itu.

Semalam, Usharani mendedahkan ada menyimpan dua rakaman percakapan dalam bahasa Tamil di telefon bimbitnya yang boleh dijadikan bahan bukti, membabitkan beliau dengan peguam yang menjadi suspek utama pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.

Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai, India mendakwa suaminya, Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Jan lepas untuk bertemu dua sahabat karibnya, iaitu dua beradik yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Sosilawati. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan