Industri Insurans Masih Tawar Peluang Lumayan

Diterbitkan: Sabtu, 25 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Industri insurans masih menawarkan peluang yang lumayan kepada sesiapa sahaja, terutama sekali kepada Bumiputera, yang berminat untuk menjadikan bidang itu sebagai kerjaya masing-masing.

Presiden Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Adnan Zain, Sabtu berkata peluang itu masih terbuka kerana kadar penembusan pasaran insurans hayat di negara ini kini hanya menjangkau 41 petratus.

"Inilah masanya yang perlu diambil oleh golongan Bumiputera untuk berjaya di dalam bidang insurans," katanya semasa berucap merasmikan Konvensyen Ejen Insurans Hayat Bumiputera 2010 pada, Sabtu.

Beliau berkata penyertaan Bumiputera masih kecil sebagai ejen insurans di mana sehingga 30 Julai tahun ini, hanya 16,258 ejen Bumiputera berdaftar direkodkan berbanding 79,148 jumlah keseluruhan ejen insurans di Malaysia.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga telah bersetuju dilaksanakan beberapa cadangan untuk menggalakkan pertumbuhan industri insurans di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Antara cadangan itu ialah insentif pelepasan cukai untuk pemegang polisi insurans, Skim Pencen Persendirian, Skim Insurans Pekerja dan Skim Insurans Pekerja Asing di negara ini yang akan diwajibkan memiliki insurans kesihatan.

Pada majlis yang sama, seramai 29 orang dari 10 syarikat insurans hayat telah menerima hadiah dalam pelbagai kategori Anugerah Cemerlang Ketua Agensi Bumiputera dan Penghasil Peribadi Bumiputera Terbaik 2010.

Sebelum itu, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia (MII) Khadijah Abdullah berkata institut itu menyediakan pelbagai platform bagi mengiktiraf syarikat insurans pada peringkat industri.

Katanya ini dilakukan dengan menyediakan pelbagai bentuk latihan, sijil yang diiktiraf antarabangsa, konvensyen dan persidangan insurans tempatan dan antarabangsa, serta penerbitan ilmiah khusus untuk industri ini.

"MII berharap ejen Bumiputera akan lebih memberi penekanan dan komitmen untuk perkembangan dan peningkatan profesional masing-masing," katanya.

MII menyediakan bantuan kepada golongan Bumiputera di bawah "Skim Latihan Bumiputera" untuk menggalakkan lebih ramai golongan Bumiputera menceburi bidang itu.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan