Syabas Tuntut Pampasan RM308j Daripada Kerajaan Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan Negeri Selangor mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) menuntut pampasan RM308 juta gara-gara dihalang menaikkan tarif air di negeri itu.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat bertarikh 15 September dengan alasan kononnya syarikat itu mengalami kerugian disebabkan keengganan pihaknya membenarkan tarif dinaikkan seperti yang terkandung dalam perjanjian konsesi.

Abdul Khalid berkata, Syabas mengugut untuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah jika gagal menunaikan tuntutan tersebut dan mematuhi syarat perjanjian.

"Jika Syabas dibenarkan menaikkan tarif air sehingga 37 peratus seperti yang disebut dalam perjanjian konsesi, harga air akan menjadi lebih mahal daripada harga petrol hari ini.

"Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan perkara ini berlaku kerana rakyat masih dibelenggu dengan kemelut ekonomi global, apatah lagi perkhidmatan air yang diberikan tidak setimpal dengan harga yang dikenakan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat.

Abdul Khalid menegaskan, pihaknya bertanggung jawab mempertahankan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan perkhidmatan air terbaik pada caj berpatutan.

"Kami juga mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana mereka gagal patuh asas penting dalam perjanjian konsesi air. Akibat kegagalan itu, rakyat Selangor telah rugi jutaan ringgit," tambahnya.

Abdul Khalid berkata, beliau telah berulang kali menegaskan bahawa kerajaan negeri akan membantah hal itu.

Bagaimanapun, pihaknya menangguh hasrat mengambil tindakan undang-undang bagi menghormati perbincangan pihak terbabit.

Menurut beliau, Syabas seharusnya mengutamakan rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air bagi menyelesaikan penstrukturan secara menyeluruh, supaya mutu perkhidmatan pembekalan air dapat dipertingkatkan untuk rakyat Selangor.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan