SPRM Puas Hati Sistem Perundangan Sedia Ada

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan pemberian kuasa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendakwa suspek yang melakukan jenayah rasuah boleh menyebabkan sistem perundangan negara hilang keseimbangan.

Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Aliberkata setakat ini beliau berpuas hati dengan sistem perundangan yang sedia ada termasuk proses penyiasatan dilakukan suruhanjaya itu manakala pendakwaan ditentukan oleh Jabatan Peguam Negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Setakat ini sistem dan undang-undang yang digunakan di negara ini sudah cukup baik dan seimbang di mana siasatan dilakukan oleh SPRM manakala pendakwaan ditentukan oleh pihak Peguam Negara...perlu ada lapisan-lapisan terbaik sebegitu dalam memastikan keadilan.

"Buat masa ini ia sudah cukup baik sehinggalah ada lagi satu sistem yang benar-benar memerlukan perubahan nanti. Bagaimanapun memang ada perbincangan lanjut dijalankan mengenai cadangan itu," katanya kepada pemberita pada Seminar Serantau ke-10 mengenai 'Penjenayahan Rasuah' di sini, Jumaat

Mesyuarat dan seminar tiga hari yang berakhir hari ini dianjurkan oleh SPRM bersama Asian Development Bank (ADB) Pertubuhan Bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD); Inisiatif Anti-Rasuah Bagi Asia dan Pasifik dihadiri seramai 200 peserta termasuk pegawai penguatkuasaan anti rasuah dari 28 negara.

Dalam pada itu, Mustafar berkata SPRM sentiasa membuat semakan dan memperlengkapkan diri pegawai dan anggotanya daripada aspek kemahiran, perundangan, risikan dan siasatan agar sentiasa berada di hadapan.

"Kita lengkapkan pegawai kita dengan pelbagai kepakaran, kemahiran dan ilmu perundangan bukan sahaja undang-undang yang diperlukan dalam negara tetapi juga luar negara memandangkan rasuah kini tanpa sempadan," katanya.

Beliau berkata SPRM turut meningkatkan keberkesanan modul latihan dalam usaha menjadikan Akademi Pencegahan Rasuah Kebangsaan (MACA) sebagai pusat kecemerlangan dan latihan serantau.

Katanya MACA turut mendapat banyak permintaan dari luar negara untuk menyertai latihan di akademi itu yang menawarkan kursus kepada pegawai kerajaan dan sektor swasta. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan