Pemuda MCA Mahu Buka Keanggotaan Kepada Wanita Muda

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda MCA berhasrat membuka keanggotaan kepada wanita yang berumur bawah 40 tahun untuk diserapkan ke dalam pergerakan sayap Pemuda dalam usaha menggalakkan golongan itu menyertai parti tersebut pada masa akan datang.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong berkata langkah itu perlu dilakukan agar Pergerakan Pemuda tidak lagi dilihat berdasarkan jantina tetapi sebaliknya berdasarkan umur.

"Pihak Pemuda telah melakukan beberapa kali perbincangan termasuk melalui majlis presiden, namun pelaksanaan dan penerimaan kedua-dua sayap harus diteliti dan kita menghormati Wanita (MCA) untuk mencapai satu keputusan bersama secara serentak," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, pada Jumaat.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Wanita MCA selain mengalu-alukan pandangan dan maklum balas anggota Pemuda untuk melaksanakan konsep "Pemuda-Pemudi" itu.

Katanya Wanita dan Pemuda MCA pernah bergabung dalam satu sayap parti sebelum Wanita MCA ditubuhkan pada 1970-an. "Kini, Pemuda yang ditubuhkan pada 1955 percaya masanya telah tiba untuk melakukan perubahan ke arah pembentukan parti yang kukuh dengan pelbagai program belia dapat dilakukan bersama untuk menarik pengundi muda sokong kita (parti)," kata Wee.

Menurutnya, pihaknya merancang untuk menarik lebih ramai belia di bawah umur 40 tahun menjadi anggota pergerakan parti itu memandangkan ketika ini lebih separuh daripada 280,000 anggota pergerakan tersebut terdiri daripada mereka yang berumur lebih dari 45 tahun.

Sementara itu, beliau berkata satu taklimat mengenai isu-isu semasa dan rancangan Pemuda akan diadakan sehari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan MCA di Wisma MCA yang dijadualkan pada 9 Oktober depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan