Parti Politik Baru Sarawak Ingin Sertai Pakatan Rakyar - Berita Semasa | mStar

Parti Politik Baru Sarawak Ingin Sertai Pakatan Rakyar

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERS), parti terbaru yang akan didaftarkan sebagai sebuah parti politik, mengulangi lagi hasratnya untuk menyertai Pakatan Rakyat negeri.

Presiden penaja Salleh Mahli, seorang ahli perniagaan berkata sebuah pakatan pembangkang yang bersatu akan mampu untuk memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) pada pihan raya negeri akan datang.

Bercakap kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan RM5,000 kepada mangsa kebakaran kaum Penan di penempatan Long Luar dan and Long Kajang di pedalaman daerah Belaga di Bahagian Kapit, katanya parti itu telah memaklumkan hasratnya kepada Pakatan Rakyat untuk menyertainya.

Bagaimanapun pemimpin PR belum lagi memberikan jawapan, mungkin mereka ragu-ragu bahawa PERS adalah parti tajaan BN, tambahnya.

Pada majlis itu seorang paderi yang kini menjadi aktivis sosial Micheal Jok menerima cek sumbangan itu yang diadakan di rumah panjang Iban Rh.Sudan di Naman dekat sini.

Salleh juga menyampaikan sumbangan kepada seorang wakil penduduk Orang Ulu, Uma Balui, Labuway, Nahajalay di daerah itu untuk membina sebuah kolam rawatan air untuk bekalan air mereka.

Katanya PERS akan bertanding dalam 30 kerusi pada pilihan raya akan datang jika parti itu diterima masuk ke dalam PR manakala 41 kerusi lain akan ditandingi oleh parti lain dalam pakatan itu.

"Tetapi jika mereka sekali lagi tidak menerima kita, kita akan bertanding dalam semua 71 kerusi," katanya ini akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru yang hanya akan berpihak kepada BN," kata beliau.

Mengenai PERS, beliau berkata jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak meluluskan pendaftarannya menjelang pilihan raya akan datang, parti itu akan meletakkan calonnya sebagai calon bebas.

Salleh berkata PERS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi khasnya penduduk luar bandar dengan menggalakkan mereka menanam pokok Jatropha yang mempunyai potensi sangat baik dalam ekonomi. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan