Malaysia Rugi RM157 Juta Setahun Jika Aktiviti Curi Pasir Tidak Dikawal

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menanggung kerugian kira-kira RM157.5 juta setahun sekiranya aktiviti kecurian pasir tidak terkawal dan terus berleluasa di dalam negara.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mustafar Ali berkata negara bukan sahaja akan ditimpa banyak impak negatif malah dijangka menanggung kerugian tersebut disebabkan aktiviti kecurian dan penyeludupan pasir yang menggunakan jalan darat dan laut. "Malaysia dijangkakan akan mengalami kerugian kira-kira RM1.125 juta sebulan atau RM13.5 juta setahun akibat kegiatan curi pasir menggunakan jalan darat seperti lori.

"Malah negara akan menanggung kerugian lebih besar iaitu RM12 juta sebulan atau RM144 juta setahun dari aktiviti haram tersebut yang menggunakan tongkang jika kegiatan itu tidak dikawal," katanya kepada pemberita pada Seminar Serantau ke-10 di sini, Jumaat.

Mesyuarat dan seminar tiga hari yang berakhir hari ini dianjurkan oleh SPRM bersama Asian Development Bank (ADB), Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD), Anti-Corruption Initiative for Asia and Pacific dan dihadiri 200 peserta termasuk pegawai penguatkuasa anti rasuah dari 28 negara.

Mustafar berkata langkah-langkah penyiasatan yang lebih proaktif dan terperinci perlu dijalankan oleh semua agensi penguatkuasa serta memperkemaskan prosedur-prosedur yang ada dalam memastikan aktiviti itu dapat dibanteras.

"Aktiviti ini berleluasa disebabkan penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau usahawan-usahawan pasir itu sendiri yang rakus mencuri pasir tanpa memikirkan akibat pada persekitaran dan sistem ekologi.

"Justeru mana-mana sistem dan prosedur yang longgar akan diperkukuhkan dan usaha ini akan dilakukan SPRM secara bersepadu bersama agensi penguatkuasaan lain agar individu yang bertanggungjawab tidak akan terlepas dari undang-undang," katanya.

Ketika ditanya jika ada lagi individu yang sedang disiasat dan akan ditahan SPRM berhubung kegiatan haram itu, beliau berkata 'tunggu dan lihat'.

Setakat ini 49 individu telah ditahan tahun ini kerana terlibat dalam sindiket kecurian pasir di Selangor, Johor, Pahang dan Perak.

Beliau berkata mencuri pasir dari muka bumi adalah bertentangan bukan saja dengan Kanun Tanah Negara tetapi juga merupakan satu pencurian alat dan juga sumber bumi tanpa satu justifikasi yang jelas yang boleh memusnahkan sumber alam negara.

Beliau turut meminta orang ramai agar memberi kerjasama kepada SPRM dalam usaha membanteras kes rasuah sebegini.

"Kita bertindak atas maklumat orang ramai. Tidak rugi bekerja dengan kita. Bila kita bertindak, SPRM bukan dapat apa-apa pun.

"Kita bantu banteras rasuah, negara pula tidak hilang pendapatan," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata SPRM akan memantau projek-projek yang akan menggunakan elemen ketelusan dan integriti seperti digariskan di bawah Integrity Pack bagi memastikan sifar elemen rasuah.

"Daripada bermulanya satu-satu projek hingga semasa projek itu dijalankan termasuklah dalam aspek perolehan, ketelusan dalam pembinaan, soal penawaran dan pemilihan kontraktor serta pembekal, SPRM akan pantau dan perhatikan.

"Pemantauan tersebut turut akan dibantu agensi penguatkuasaan yang lain dalam memastikan usaha yang diambil benar-benar berkesan dan tidak akan wujud elemen rasuah dan penyelewengan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan