Kerajaan Selangor Tidak Akan Layan Tuntutan RM308 Juta Syabas

Diterbitkan: Jumaat, 24 September 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak akan melayan tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) yang mahu kerajaan negeri itu membayar pampasan RM308 juta kerana enggan menaikkan tarif air.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata kerajaan negeri berpendapat Syabas tidak layak menaikkan tarif kerana rakyat Selangor masih berdepan dengan pelbagai masalah air.

"Antara masalah itu termasuklah bekalan air yang teruk, bekalan air yang tidak berkualiti dan peratusan air tidak berhasil yang tinggi disebabkan penyelenggaraan paip yang buruk dan telah mengakibatkan kerajaan negeri kerugian berjuta ringgit," katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Jumaat.

Berasaskan itu juga katanya, kerajaan negeri yakin mempunyai hak dan alasan kukuh untuk mengheret Syabas ke mahkamah kerana kegagalan mematuhi beberapa asas penting dalam perjanjian konsesi air yang ditandatangani.

Faekah berkata kerajaan negeri juga tidak gentar dengan kenyataan Syabas untuk membawa kerajaan negeri ke mahkamah jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Syabas membuat tuntutan itu menerusi dua surat tuntutan bertarikh 15 September kerana mendakwa syarikat itu mengalami kerugian ekoran keputusan kerajaan negeri enggan membenarkan tarif air dinaikkan yang dikatakan terkandung di dalam perjanjian konsesi. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan